26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 29, 2022

Isu beg sekolah berat diselesaikan secepat mungkin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU beg sekolah berat yang telah berlanjutan sejak sekian lama akan diselesaikan secepat mungkin.

Itu jaminan yang diberikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkenaam perkara tersebut.

Beliau berkata, pada masa ini kementerian sedang merangka pendekatan terbaik selain duduk berbincang dalam memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.

“Kita lihat isu beg sekolah ini sudah lama dan kementerian sedang merangka pendekatan terbaik. Kena ingat isu ini sekian lama berlaku dan bukan hari ini, tetapi berlanjutan sekian lama.

“Sebab itu nak perincikan beberapa pendekatan ini, saya turun ke bawah banyak kali bagi melihat beberapa punca untuk ditangani.

“Isu ini memerlukan kerangka menyeluruh dan perlu menyelesaikan secara menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di Putrajaya hari ini, lapor Kosmo.

Baca juga:   Elaun warden asrama sekolah dinaikkan 25 peratus - Radzi

Dalam pada itu, beliau berkata, antara punca kepada isu tersebut ialah jumlah mata pelajaran terlalu banyak misalnya, tujuh pelajaran di sekolah rendah untuk sehari.

“Untuk sekolah menggunakan tiga atau empat mata pelajaran, kita lihat berat beg lebih ringan.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh suka-suka keluarkan arahan terus untuk mengurangkan kepada tiga pelajaran.

“Kedua, kadangkala anak-anak ini ada yang bawa buku latihan dari luar sampai dua atau tiga buku sekali gus menambah berat beg.

“Setakat mana ia digunakan di sekolah? Begitu juga dengan buku rampaian (penulisan) dan ada misalnya mata pelajaran tersebut sehingga empat buku rampaian,” ujarnya.

Baca juga:   RM20 juta bangun vaksin COVID-19 fasa pertama tahun depan

Terkini

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa...

Lagi Artikel Berkaitan