25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bila Alor Setar tak ditimpa hujan ini reaksi warganet

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAMAI yang tidak menyedari bahawa sepanjang Januari lalu, Alor Setar di Kedah tidak menerima hujan walau setitik pun sehinggalah dimaklumkan oleh Jababatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini.

Hal tersebut terus mendapat perhatian warganet memandangkan hampir seluruh negeri lain menerima hujan yang berterusan seperti mana dikongsi mereka menerusi Facebook MET Malaysia.

Seorang pengguna Facebook, Kakashi Mina berkata, hampir setiap petang Kuala Lumpur menerima hujan dan berharap hujan dapat mencurah sama di Kedah.

“Kat KL (Kuala Lumpur) setiap petang hujan… bawa hujan kat Kedah, bagi sejuk,” kongsinya.

Ajen Sahi Kluang pula bimbang dengan sumber bekalan air di negeri itu susulan tiada hujan yang mencuri bumi Kedah sepanjang bulan lalu.

“Bagaimana sumber bekalan air di Kedah? Masih mampu menampung ya keperluan mereka di sana?” katanya.

Lynn Al-Edrus pula berkongsikan pengalamannya berpindah ke negeri di utara Semenanjung itu apabila terpaksa melalui keadaan cuaca kurang hujan.

“Dah hampir tiga tahun menetap di Kedah. Masa mula-mula pindah ke sini agak hairan jugak lah sebab bila negeri lain musim tengkujuh tapi Kedah bulan Disember kurang sangat hujan dan berlarutan sampai ke januar. Sampai Tasek Pedu pun kering kontang awal 2020,” kongsi.

Pada 3 Februari lalu, Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut sekali gus menyebabkan fenomena peningkatan suhu mendadak yang dijangka berterusan sehingga bulan depan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutama di utara Semenanjung berkurangan.

Bagaimanapun pihaknya tidak menjangka keadaan cuaca panas luar biasa akan berlaku pada tahun ini.

“Taburan hujan yang rendah dan litupan awan yang kurang dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca panas bermula tengah hari hingga lewat malam.

“Cuaca panas dialami ketika ini satu fenomena biasa sepanjang tempoh Januari hingga April setiap tahun.

“Suhu tertinggi pada bulan lalu yang dicerap METMalaysia adalah 36.6 darjah Celsius dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 29 Januari lalu, manakala 34.6 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Langkawi pada 28 Januari 2021,” katanya.

Muhammad Helmi berkata, keadaan cuaca panas dialami di banyak kawasan negara dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April depan.

Beliau berkata, semua pihak dinasihat mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air, selain mengelak aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti di luar dan minum air secukupnya.

“METMalaysia sentiasa memantau cuaca di seluruh negara dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba jika bacaan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan