30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Lelaki mengaku tidak salah lacur anak saudara usia 16 tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar Kedah hari ini terhadap dua pertuduhan melacurkan anak saudaranya kepada dua individu pada 2020 dan 2021.

Memetik laporan Utusan Online, tertuduh berusia 45 tahun membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim, Harmi Thamri Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menjadi orang tengah dengan memperkenalkan anak saudaranya itu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, kepada seorang lelaki yang kini berusia 25 tahun bagi tujuan persundalan.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperkenalkan remaja itu kepada seorang lelaki yang kini berumur 37 tahun, juga bagi tujuan sama.

Kesalahan pertuduhan pertama didakwa dilakukan pada Mac hingga April 2020 manakala untuk pertuduhan kedua, didakwa dilakukan pada Mei 2021.

Kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sukamari, Pendang.

Baca juga:   Penagih dadah didakwa bunuh 4 beranak dalam kemalangan

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Nurul Suhaila Baharin mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun, disebat dan didenda.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan buat tertuduh memandangkan mangsa masih seorang kanak-kanak sebelum mahkamah menetapkan 15 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan