29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kerajaan jamin Semarak Niaga pastikan PMKS berdaya saing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi jaminan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia akan memastikan ekosistem perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini dapat terus berdaya saing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

“Program ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk dimanfaatkan oleh setiap golongan usahawan.

“Bagi perniagaan mikro dan kecil, kerajaan peka akan keperluan akses kepada pembiayaan dengan kadar faedah yang rendah.

“Dalam perkara ini, Skim Pembiayaan Informal dan Mikro atau SPIM, akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah sifar peratus dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal.

“Saiz dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta,” katanya dalam majlis pelancaran Semarak Niaga Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Bagi usahawan agro-makanan pula, Ismail Sabri berkata, skim mikro kredit oleh Agrobank akan menawarkan pinjaman sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

“Bagi perniagaan yang lebih matang, institusi kewangan seperti SME Bank akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim
IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0 (atau YEF 2.0).

“Secara kolektif, saiz dana untuk kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, untuk syarikat yang berdaya maju namun mempunyai kekangan mendapatkan dana baharu, kerajaan dan institusi kewangan telah merangka suatu pembiayaan bentuk baharu yang lebih anjal bagi meluaskan keupayaan untuk memulihkan perniagaan.

“Salah satunya ialah melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing yang akan disokong dengan peruntukan RM80 juta secara geran padanan untuk Malaysia Co-investment Fund, tambahan kepada pelaburan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), sebanyak RM100 juta,” katanya.

Ujar Ismail Sabri, bagi membantu syarikat yang berdepan masalah keberhutangan atau gearing yang tinggi, kaedah pendanaan melebihi RM2.2 bilion melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity turut tersedia.

“Kaedah ini diterajui oleh SME Bank dengan dana bernilai RM600 juta. BPMB juga akan menawarkan Skim RESET, atau Rehabilitation and Support Through Equity, dengan saiz dana sebanyak RM500 juta.

“Bank Negara Malaysia atau BNM, juga menyediakan Business Recapitalisation Facility bernilai RM1 bilion untuk tujuan yang sama.

“Secara keseluruhannya, sejumlah RM14.2 bilion dana tersedia untuk PKS,”katanya.

Beliau berkata, untuk ketersediaan dana yang berterusan, dana khas BNM terutamanya Targeted Relief and Recovery Facility dan Agrofood Facility telah ditingkatkan secara kolektif sebanyak RM2.5 bilion kepada RM10 bilion.

“Jumlah ketersediaan pelbagai dana PKS BNM pada masa ini adalah sebanyak RM10 bilion,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia juga merangkumi jaminan pembiayaan perniagaan.

“Dalam perkara ini, skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan jaminan untuk pembiayaan
yang dijadualkan dan distruktur semula dengan had jaminan bernilai RM22 bilion.

“Ini akan membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar diperolehi.

“Ingin saya tegaskan bahawa inisiatif-inisiatif ini tidak mengambil kira penambah-baikan kepada Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi PMKS yang terjejas yang telah saya umumkan baru-baru ini.

Jelas sekali, katanya, Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia dan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan prinsip Keluarga Malaysia di mana “tiada yang dipinggirkan”, bagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersukat sama paras, bertimbang sama berat.

Katanya, Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia akan menjadi pelengkap kepada usaha Kerajaan melalui sektor Kewangan dalam menyediakan kemudahan pembiayaan dan bantuan bayaran balik pinjaman terutamanya dalam fasa pemulihan pasca pandemik ini.

“Dalam jangka masa panjang, adalah mustahak bagi sektor PMKS menjadi pemacu baru kepada pertumbuhan negara,” katanya.

Menurutnya, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), transformasi PMKS merupakan salah satu daripada pelbagai projek game changer yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan daya saing dan sumbangan segmen ini kepada pembangunan ekonomi negara.

“Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk, Pelaksanaan sebuah pelan hala tuju digital PMKS; Peralihan fokus PMKS dari pasaran bertumpu tempatan ke pasaran dunia; Pelaksanaan program intervensi second chance bagi peniaga tertentu; dan Pemerkasaan ekosistem koperasi dalam menjana generasi
usahawan yang baru.

“Usaha ini juga selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara, atau JENDELA, dan inisiatif Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, atau MyDigital yang bakal memacu Malaysia sebagai peneraju sektor ekonomi digital yang cekap dan proaktif, seterusnya mencorak sebuah negara bangsa yang berpendapatan tinggi.

“Insya-Allah, inisiatif-inisiatif ini akan meningkatkan sumbangan PMKS kepada KDNK negara ke 45 peratus, sumbangan kepada eksport negara ke 25 peratus dan menjana dua unicorn kebanggaan Malaysia menjelang 2025.

“Secara tidak langsung, setelah sektor perniagaan pulih, peluang pekerjaan juga akan bertambah.

“Seterusnya, sasaran 600,000 peluang pekerjaan akan tercapai melalui sumbangan penciptaan pekerjaan di sektor PMKS ini,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan