24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Geran MPDP tingkat semangat penyelidik tempatan – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GERAN Program Pembangunan Dasar (MPDP) yang diperkenalkan Institut Masa Depan Malaysia (MASA) diharap mampu memberi motivasi dan pembakar semangat kepada penyelidik tempatan bagi menghasilkan penyelidikan berimpak besar.

Pengerusi MASA, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, geran MPDP merupakan salah satu fokus utama Institut MASA untuk menggalakkan kajian tentang aspek-aspek pemulihan dalam pelbagai sektor ekonomi, sosial, pendidikan dan sektor lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia juga boleh dijadikan panduan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam melaksanakan dasar dan strategi pemulihan pasca pandemik.

“Inisiatif tersebut juga menyediakan platform kepada penyelidik daripada institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan menjalankan penyelidikan berimpak tinggi khususnya dalam ekonomi, sosial dan pembangunan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penganugerahan Geran MPDP hari ini.

Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan merangkap Pemegang Amanah MASA, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd. Amin.

MUHYIDDIN YASSIN

Muhyiddin turut berharap lebih ramai penyelidik di IPTA dan IPTS dapat menghasilkan penulisan penyelidikan baharu berimpak tinggi diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seterusnya menjaga potensi nilai tambah kepada sosioekonomi negara.

“Masih banyak ruang dan peluang bagi negara kita untuk memacu ekonomi inovatif berlandaskan penyelidikan dan pembangunan.

Advertisements

“Justeru, saya berharap program MPDP yang diperkenalkan Institut MASA ini akan memberi motivasi dan menjadi pembakar semangat kepada penyelidik tempatan untuk menghasilkan penyelidikan berimpak besar bukan hanya kepada rakyat negara ini bahkan masyarakat antarabangsa.

“Ia ke arah penambahbaikan dasar dan strategi dalam aspek pembangunan sosioekonomi rakyat dan negara seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang dipandang tinggi dalam aspek penyelidikan serta pembangunan,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Pengerusi MPN yakin bahawa program MPDP itu telah dirangka secara teliti dan komprehensif berdasarkan kepelbagaian tajuk dan kertas cadangan dalam bidang berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebagai contoh, Muhyiddin teruja dengan cadangan diutarakan penerima geran berkenaan termasuk isu ‘kemiskinan situasi’ yang dicadangkan Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Saya juga amat tertarik dengan cadangan berkaitan pemulihan ekonomi dicadangkan Dr. Peter Aning anak Tedong dari Universiti Malaya (UM) dengan tajuk penyelidikan beliau, Revitalizing the Urban B40 Communities Through the Development of a Multidimensional Integrated Community Sustainability Planning (ICSP) Framework.

“Begitu juga cadangan berkaitan sektor ekopelancongan dicadangkan Kalai Vani dan pasukan penyelidikan beliau dari Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) yang menjalankan kajian berkaitan peranan orang kurang upaya (OKU) terhadap kelestarian sektor pelancongan di Malaysia dengan melihat aspek pembangunan kapasiti dan program-program sokongan yang dirangka khusus bagi golongan OKU,” jelas beliau.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan