24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bilangan kes harian COVID-19 tidak akan dilaporkan bermula esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menetapkan keputusan untuk tidak lagi mengumumkan bilangan kes harian COVID-19 bermula esok.

Sebaliknya, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata perkembangan kes COVID-19 negara akan dimaklumkan pada jam 10 pagi, hari berikutnya.

Jelas Khairy, langkah tersebut adalah untuk memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh.

“Ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan hari.

“Ini adalah supaya dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan kes hospital dan sebagainya.

“Dalam masa sama, untuk kita mengurangkan ‘fear factor’ kes harian dan ia perubahan budaya.

“Berhenti melihat kepada (kes harian), tetapi kita melihat bersama dengan semua data,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Advertisements

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohd Sani.

Jelas Khairy, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kata beliau, KKM memberi jaminan bahawa segala persiapan dan persediaaan yang rapi telah dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan gelombang varian Omicron.

Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan kes harian COVID-19 dan bilangan kemasukan ke hospital, tetapi vaksin menunjukkan keberkesanan yang amat baik dalam melindungi individu daripada jangkitan yang lebih teruk.

“Sebab itulah sehingga hari ini, kita hanya menyaksikan sedikit peningkatan dalam bilangan kemasukan ke ICU dan juga kes kematian akibat COVID-19,” katanya.

Menurutnya, bilangan kemasukan ke ICU dan kematian akibat COVID-19 adalah 80 hingga 90 peratus lebih rendah berbanding pelaporan pada Ogos tahun lalu walaupun bilangan kes pada ketika ini adalah lebih tinggi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan