29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

MED4IRN mahu mengarus perdanakan teknologi robotik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) memutuskan untuk membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) bagi mengarus perdanakan penggunaan teknologi robotik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan itu mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing seterusnya meminimumkan pengaliran mata wang ke luar negara.

“Kepadatan robot di Malaysia bagi setiap 10,000 pekerja pada tahun 2019 adalah 55 unit dan sasarannya adalah 195 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada tahun 2030,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat MED4IRN yang julung kali diadakan bagi tahun ini.

Turut hadir Menteri-Menteri serta Ketua Jabatan dan Agensi yang terlibat secara dalam talian.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, MED4IRN juga menyokong konsep Projek Pemangkin (Catalytic Projects) bagi memacu Aspirasi MyDIGITAL.

Baca juga:   Tolak guna kenderaan rasmi bukan perkara luar biasa

Beliau berkata, mesyuarat bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Projek Pemangkin MyDIGITAL untuk memilih projek yang sesuai dan memantau pelaksanaan yang merupakan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

“Projek Pemangkin akan dibiayai oleh sektor swasta dan kerajaan akan memainkan peranan sebagai pemudah cara,”katanya.

Menurut beliau, antara contoh projek pemangkin adalah perubatan pintar yang menyasarkan penubuhan hospital yang menggunakan teknologi 5G bagi meningkatkan taraf penjagaan kesihatan rakyat.

Selain itu, katanya, adalah Bandar Pintar yang menyasarkan pelbagai kes kegunaan berguna bagi memastikan kelestarian kehidupan yang lebih bermakna.

Baca juga:   Cuti umum khas pada 18 November dikaji - Ismail Sabri

Wartawan

Terkini

Skim bantu PKS dimuktamadkan Februari ini

BAGI merancakkan lagi ekonomi negeri Johor, satu skim bagi membantu peniaga Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) & Perusahaan Mikro Bangsa...

Lagi Artikel Berkaitan