30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Meja bantuan fizikal MySejahtera pertama di PPV WTC KL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MEJA bantuan secara fizikal pertama akan dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) WTC di Kuala Lumpur pada 19 Februari ini bagi membantu menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, satu lagi akan dibuka di PPV Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam pada 26 Februari nanti.

Khairy berkata, langkah tersebut diambil untuk membantu selesaikan isu yang berbangkit dengan MySejahtera.

“Termasuk isu membabitkan maklumat seperti sijil vaksinasi digital.

“Kita juga membuat keputusan untuk menubuhkan beberapa ‘helpdesk’ secara fizikal di beberapa tempat,” katanya pada sidang media di KKM, hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai masalah dengan sijil vaksin dan sebagainya boleh pergi ke ‘helpdesk’ fizikal ini untuk selesaikan masalah mereka.

“Sudah pasti ‘helpdesk’ secara maya akan diteruskan,” katanya

Khairy berkata, beliau sebelum ini menerima aduan daripada orang ramai mengatakan masih ada yang menunggu untuk mendapatkan sijil vaksinasi digital masing-masing.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan