30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Bekas pembantu khas speaker perlu ke penjara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS pembantu khas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Khor Khan Khai, terpaksa menjalani hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita hampir empat tahun lalu.

Memetik laporan Bernama, ia susulan kegagalan beliau mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan untuk memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara.

Khor, 43, perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan mengikut Seksyen 50 (2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana kesnya dari Mahkamah Majistret.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan merangkumi Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah menolak permohonan kebenaran Khor hari ini.

Pada 23 November 2020, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam mendapati Khor bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita yang ketika itu berumur 31 tahun dan menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan.

Baca juga:   Pengawal keselamatan songsang dicekup cuba liwat pelajar lelaki

Khor dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Jalan Sungai Rambai, daerah Seberang Prai Pulau Pinang pada 11.15 malam, 24 Ogos 2018.

Dia merayu di Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman penjara namun Mahkamah Tinggi Butterworth menolaknya pada 21 Disember tahun lalu.

Khor kemudian memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran untuk meneruskan rayuannya ke Mahkamah Rayuan.

Dalam permohonan kebenaran merayunya itu, Khor turut memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Baca juga:   Guru sekolah ditahan cabul pelajar perempuan

Peguam M. Athimulan yang mewakili Khor memohon mahkamah memberikan kebenaran atas alasan wujud beberapa persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, yang mewakili pendakwaan berkata persoalan yang dibangkitkan pihak pembelaan bukan persoalan undang-undang dan kebenaran itu tidak sepatutnya diberikan kepada Khor.

Seksyen 50 (2) Akta Mahkamah Kehakiman menyatakan rayuan terhadap mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan dengan perkara jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret akan terhad kepada persoalan undang-undang.

Terkini

Polis cedera ditetak penagih di Shah Alam

SEORANG pegawai polis parah di tangan, manakala seorang lagi anggota cedera selepas ditetak seorang penagih dadah dalam kejadian di...

Lagi Artikel Berkaitan