30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Arab Saudi tetapkan jemaah umrah kemuka bukti ujian PCR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARAB Saudi menetapkan semua jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang ingin menziarahi Tanah Suci wajib mengemukakan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 bermula hari ini.

Memetik laporan Bernama, menurut jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Hesham A. Saeed, hanya jemaah yang terbukti negatif COVID-19 melalui ujian PCR atau RTK (Ag) dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh keberangkatan ke Tanah Suci dibenarkan memasuki Arab Saudi.

“Selain itu, jemaah juga masih diwajibkan untuk melengkapkan vaksinasi di negara masing-masing dan berdaftar melalui aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna, katanya dalam temubual dengan Saudia TV.

Hesham berkata, pihaknya menerima lebih daripada 282,000 permohonan visa umrah sejak bermulanya musim umrah 1443 Hijrah.

“Kami menjangkakan bilangan permohonan akan bertambah terutamanya ketika menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan jemaah umrah dan ziarah agar sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan sepanjang masa.

“Ini adalah demi menjaga maslahat mereka dalam menghadapi varian Omicron COVID-19 ketika berada di Tanah Suci,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi turut mewajibkan rakyatnya yang berumur 16 tahun ke atas untuk mengambil dos penggalak bagi mereka yang telah melepasi tempoh tiga bulan daripada tarikh pengambilan dos kedua, sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan