31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

280 kes baharu VOC dilaporkan dalam tempoh seminggu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 280 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 3 Februari sehingga 9 Februari 2022 yang terdiri daripada 185 kes varian Delta dan 95 kes varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes tersebut Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPromise, UiTM) telah mengenal pasti 188 kes baharu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 46 kes baharu, manakala Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 46 kes baharu.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,398 kes.

” Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,378 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 6,435 kes varian Delta; 696 kes varian Omicron; 233 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa; dan tiga kes varian Eta,”katanya.

Sementara itu, berkaitan perkembangan kes harian COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes harian COVID-19 negara terus melonjak kepada 17,134 kes pada hari ini.

Lonjakan kes berkenaan sepertimana yang dijangka oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan paling tertinggi, berbanding semalam sebanyak 13,944 kes dilaporkan dan hari sebelumnya sebanyak 11,034 kes.

Dr Noor Hisham berkara, dengan pertambahan kes tersebut, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,956,332 kes.

Jelasnya daripada 17,134 kes harian yang dicatatkan, sebanyak 17,048 kes bersamaan 99.5 peratus merupakan pesakit kategori 1 dan 2.

“Manakala 86 kes bersamaan 0.5 peratus merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, kes sembuh mencatatkan sebanyak 5,681 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,829,752 kes atau 95.7 peratus.

“Daripada kes harian tersebut, 130 kes melibatkan kes import dan sebanyak 17,004 kes adalah penularan tempatan.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 143 kes dan kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 78 kes,” katanya.

Ujar beliau, terdapat penambahan kluster baharu dengan 15 kluster dilaporkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 385 kluster. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan