24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Angkara cinta, tiga cedera termasuk rusuhan depan hospital

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan menerima dua laporan polis membabitkan dua kejadian berasingan namun saling berkaitan, iaitu berkenaan kekecohan di perkarangan Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) serta kes sebelumnya iaitu mendatangkan kecederaan parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kekecohan di HRPB berlaku 12.20 tengah malam Sabtu (19 Februari) membabitkan sekumpulan lelaki warga tempatan yang ingin menghantar beberapa mangsa cedera ke hospital berkenaan sebelum berlaku perselisihan faham dengan pengawal keselamatan hospital.

Menurut beliau, kes kedua pula berlaku sebelum insiden kekecohan itu membabitkan kes mendatangkan cedera menggunakan senjata tajam yang dilakukan seorang lelaki terhadap tiga mangsa yang kini sedang dirawat di HRPB.

“Bagi kes merusuh di HRPB, polis sudah mengambil tindakan sejurus sampai di tempat kejadian dengan mengawal keadaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh.

“Bagi kes kedua iaitu mendatangkan cedera sebelumnya, ia disiasat mengikut Seksyen 326 KK (mendatangkan cedera parah) dengan punca kejadian disyaki akibat perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Advertisements

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan selain meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019,” katanya.

Sejak semalam, beberapa video memaparkan detik kejadian rusuhan di HRPB itu tular di media sosial.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan