25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Penyakit MIS-C dalam kalangan kanak-kanak akibat Covid-19

Walaupun jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran tentang penyakit sindrom keradangan pelbagai sistem (Multisystem Inflammatory Syndrome Covid-19 – MIS-C) yang menyerang kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akibat jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini terdapat 174 kes MIS-C dikesan di negara ini dengan 57 peratus melibatkan kalangan kanak-anak berusia lima hingga 11 tahun.

“MIS-C adalah salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.

“Sejumlah besar dari kanak-kanak ini memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Tujuh kes telah disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi Facebooknya, semalam.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengulangi saranannya agar segera mendapatkan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Baca juga:   Menteri Kabinet 'beli' durian kampung RM500 sebiji
Data kes MIS-C dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia pada Jun 2020 – Dis 2021. – Sumber: Facebook

Beliau menegaskan vaksin Comirnaty untuk kanak-kanak itu menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk peringkat usia tersebut.

Sementara itu, sehingga semalam, hanya 12.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah menerima dos pertama vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan data menerusi laman web Covidnow, jumlah berkenaan bersamaan 454,194 individu.

Manakala 13,924,411 atau 59.2 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak Covid-19, 22,943,785 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,220,757 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Baca juga:   Kluster Tawar, Sivagangga mungkin daripada sumber sama

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,646 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,883,444 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 151,156 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 72,991 suntikan dos pertama, 648 suntikan dos lengkap dan 77,517 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,018,432.

-EDISI9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan