34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hanya 3 aduan kekurangan RTK diterima sejak 1 Januari lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA tiga sahaja aduan berhubung kekurangan bekalan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Kendiri) atau RTK diterima dalam tempoh 1 Januari lalu, sehingga semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, aduan yang diterima adalah sangat rendah.

“Julat harga RTK di pasaran adalah antara RM4.90 dan RM19.90 pada ketika ini namun 80 peratus RTK dijual di bawah RM10.00 seunit,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, kementerian berkata, terdapat kira-kira 18 juta RTK kini tersedia di pasaran.

“Jumlah tersebut berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari yang dilakukan terutama di peringkat pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit bagi memastikan bekalan stabil di pasaran.

“RTK telah diwartakan sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 November 2021 dan dikuatkuasakan pada 1 Dis 2021 bagi menjamin keberadaan dan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran,” katanya.

KPDNHEP berkata, lapan pengilang ‘Establismen’ yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK di Malaysia telah mengeluarkan sejumlah 4.306 juta unit RTK sehingga Februari 2022.

“Manakala Malaysia pula telah mengimport sejumlah 2.34 juta unit RTK dari tujuh negara,”katanya.

Sebanyak 8,084 premis runcit telah diberi kelulusan kebenaran menjual RTK yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).

KPDNHEP juga menasihatkan pengguna agar tidak panik ekoran laporan peningkatan kes COVID-19 dengan membuat pembelian panik atau berlebihan daripada keperluan.

“Sentiasa berwaspada dengan kehadiran RTK yang tidak mendapat kelulusan MDA,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan