32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

SOP pembukaan sempadan diumum dalam tempoh terdekat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula sempadan negara akan diumumkan dalam tempoh yang terdekat, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada masa ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi SOP tersebut sebelum diumumkan.

Beliau berkata, walaupun terdapat peningkatan kes serta bilangan kemasukan ke wad hospital tetapi strategi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan pemberian dos penggalak menunjukkan keberkesanan dalam memberi perlindungan daripada jangkitan lebih teruk.

“Majlis ini ambil maklum KKM dalam proses akhir untuk memuktamadkan SOP bagi pembukaan sempadan negara untuk persetujuan Jemaah Menteri.

“Pengumuman pembukaan sempadan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada mesyuarat MPN sebelum ini telah dibangkitkan mengenai cadangan pembukaan sempadan dan ketika itu telah disyorkan supaya ia dibuka segera pada 1 Mac.

“Namun keputusan majlis dibawa ke Kabinet dan KKM diminta menyediakan SOP. “Jadi saya harap ia lebih longgar dan lebih mudah supaya tidak akan membawa kesan kepada pembukaan sempadan.

Baca juga:   Malaysia sedia kembali sebagai hab pelaburan - Ismail Sabri

“Lagi cepat dibuka, bagi saya amat baik untuk pemulihan ekonomi negara. Saya harap pengumuman akan dibuat dalam tempoh tak berapa lagi dan tarikh sebenarnya, kita tunggu sajalah bila masa ia diumumkan,” katanya.

Muhyiddin berkata, pembukaan sempadan negara juga wajar dipercepatkan bagi mengelakkan kos besar ditanggung negara malah, sesetengah negara walaupun belum menyelesaikan masalah vaksinasi sudah membuka sempadannya.

Baca juga:   Muhyiddin sedih nasib penduduk Gaza dibedil Zionis

“Jangan lambat, lambat sehari kos bagi negara adalah amat besar ditanggung.

“Cepat buka, untung kepada Malaysia amat banyak. Kita tahu hari ini Australia sudah buka (sempadan) biarpun negara itu ke belakang dari Malaysia berhubung proses vaksinasi.

“Mereka masih belum selesai (vaksinasi) tetapi kita sudah selesai iaitu antara negara 10 teratas berjaya uruskan. Bagaimanapun, apabila proses membuka sempadan, kita agak lambat,” katanya.

Dalam mesyuarat MPN pada 8 Februari lalu, MPN telah mencadangkan kepada kerajaan agar sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

Muhyiddin berkata, namun begitu ujian COVID-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor KKM sekali gus perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

“Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan MPN itu mendapat maklumat balas negatif daripada umum memandangkan kes COVID-19 kembali melonjak sehingga melebihi 20,000 kes susulan penularan varian Omicron.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dua hari kemudian menegaskan keputusan pembukaan sempadan negara akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Baca juga:   Surat Istana Negara kepada PM disahkan palsu

Beliau berkata, pembukaan sempadan negara tidak boleh dibuat secara semberono, sebaliknya perlu dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum sebarang keputusan diambil. – Edisi 9

Baca juga:   Isu kalimah Allah: Pemilik FB Mujahidah Malaysia disiasat

Terkini

Ular sawa seberat 20 kilogram ditemui dalam mesin basuh

SEEKOR ular sawa berukuran 1.8 meter seberat 20 kilogram ditemui di dalam mesin basuh di sebuah premis dobi yang...

Lagi Artikel Berkaitan