32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Siasat dakwaan bayi mati disebabkan kecuaian hospital

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Kelantan akan menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci berhubung dakwaan berlaku kecuaian ke atas seorang bayi berusia dua bulan semasa menerima rawatan sehingga menyebabkan kematian, Jumaat lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya amat prihatin terhadap insiden berkenaan dan akan menjalankan siasatan terhadap semua pihak yang terbabit.

Menurutnya, pihak pengurusan hospital sudah menjalankan siasatan awal dan mendapati pesakit dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 5 Februari akibat cirit-birit melampau selama beberapa hari yang mengakibatkan pelbagai komplikasi.

“Jabatan Kesihatan Negeri memandang serius insiden ini dan akan melakukan siasatan yang lebih menyeluruh dan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan, pihak HRPZ II mengadakan pertemuan dengan waris keluarga bayi semalam.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali, dilaporkan berkata pihaknya sudah mengadakan siasatan membabitkan pakar perubatan, doktor serta jururawat yang bertanggungjawab dalam merawat bayi berkenaan.

Terdahulu, tular satu video menerusi Facebook milik ‘Ola Ola’ yang mendakwa bayinya berusia dua bulan meninggal dunia akibat kecuaian doktor di HRPZ II ketika memberikan rawatan.

Menerusi video yang meraih tontonan melebihi 60,000 itu juga, beliau mendakwa anaknya dipaksa berpuasa selama lima hari selain turut diberikan susu yang sudah tamat tempoh dan diberikan ubat tidur tanpa keizinannya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan