26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Saya tak akan bersumpah kerana saya tak berbohong – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“HAK dia (Ahmad Zahid) nak sumpah atau tak sumpah. Bagi saya nak cakap kepada rakyat tak boleh berbohong. Kalau (Ahmad Zahid) nak sumpah… berapa kali nak sumpah, sumpahlah,” sindir Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian berhubung kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam masa sama, Muhyiddin tidak kisah berapa kali pun Presiden UMNO itu mahu bersumpah, namun, beliau secara peribadi tidak akan bersumpah laknat.

Kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, apa yang disebut beliau merupakan perkara benar dan bukannya tercetus menjelang pilihan raya seperti didakwa Ahmad Zahid.

“Saya tak bersumpah kerana saya tak berbohong. Apa saya kata itu ‘haq’ (benar). Katakan yang haq itu walaupun ia pahit.

“Saya sebut apa saya katakan kerana itu adalah benar. Situasi sekarang pun kita kena nyatakan perkara betul dan saya harap rakyat faham apa yang saya katakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Putrajaya hari ini, lapor Astro Awani.

Ahmad Zahid sebelum ini menafikan pernah berjumpa Muhyiddin ketika beliau masih Perdana Menteri dan meminta Ahli Parlimen Pagoh itu membantu kes mahkamahnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menafikan membawa timbunan fail dan meminta untuk dilepaskan seperti yang didakwa Muhyiddin sebelum itu.

Tegas Ahmad Zahid, beliau sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Muhyiddin terhadapnya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memaklumkan perbincangan mengenai pembahagian kerusi melibatkan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PN) Johor sudah selesai.

Katanya, senarai calon PN akan diumumkan pada 24 Februari (Khamis) ini.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan