25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

25,099 kes positif COVID-19, 100 kes kategori 3 hingga 5

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA mencatatkan penurunan kes positif COVID-19 semalam dengan 25,099 kes dilaporkan berbanding 26,832 kes, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif jangkitan wabak itu sebanyak 3,246,779 kes setakat ini.

Menurutnya, daripada 25,099 kes harian semalam, sebanyak 100 kes adalah kategori tiga hingga lima manakala 24,999 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 17,749 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan kes sembuh keseluruhan 2,955,404 kes.

“Kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 272 kes dengan 104 kes disahkan COVID-19 manakala 168 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 164 kes dengan 60 kes disahkan COVID-19 dan 104 kes disyaki, kemungkinan serta kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, secara keseluruhan, setiap negeri sudah bersiap siaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC), hospital dan ICU.

Katanya, sebanyak 1,510 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital, semalam membabitkan 578 kes kategori tiga hingga lima manakala 932 kes lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Pada Minggu Epidemiologi (ME) 7/2022, terdapat 118 kluster dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) berbanding 97 kluster pada ME 6/2022 dengan peningkatan sebanyak 21.6 peratus berbanding ME sebelumnya.

“Kluster Pendidikan meningkat daripada 61 kluster pada ME 6/2022 kepada 92 kluster pada ME 7/2022 dan Kluster Pusat Tahanan meningkat tiga kluster berbanding sifar kluster pada minggu sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, trend mingguan kluster pendidikan menunjukkan peningkatan ketara daripada ME 1/2022 hingga ME 7/2022.

Menurutnya, trend penurunan direkodkan pada ME 5/2022 disebabkan cuti perayaan Tahun Baharu Cina, namun trend ini dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 seiring dengan peningkatan kes ketara di seluruh negara.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan