25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

15.9 peratus populasi kanak-kanak telah terima dos pertama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 564,220 individu atau 15.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,078,456 atau 59.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula sudah menerima dos penggalak COVID-19.

Sementara, seramai 22,945,040 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,222,810 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,132 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 2,886,655 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menerusi data tersebut juga, sebanyak 137,307 dos suntikan vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 52,804 suntikan dos pertama, 1,024 suntikan dos lengkap dan 83,479 suntikan dos penggalak.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,289,382.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Selangor masing-masing melaporkan 10 kes.

Diikuti Kedah tujuh kes, Sabah (lima), masing-masing dua kes di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang manakala satu kes masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.- Bernama

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan