29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Zahid diarah bela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 69, untuk membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Baca juga:   Kenyataan media Zahid cetus tanda tanya

Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh manakala pasukan pembelaan diketuai Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 28 hingga 31 Mac, 11 hingga 13 April, 26 hingga 28 April, 23 hingga 26 Mei, dan 27 hingga 30 Jun untuk prosiding membela diri.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Aishah

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan...

Lagi Artikel Berkaitan