36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPM berusaha kurangkan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha mendapatkan pendekatan terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan warga sekolah, khususnya murid di sekolah berasrama.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat yang berkaitan.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya mengadakan perbincangan mengenai pengurusan jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan di bawah kementerian itu semalam.

“Saya bersama pengurusan tertinggi dan pegawai KPM bermesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM yang memerlukan perhatian segera.

“Dalam mesyuarat berkenaan turut dibincangkan adalah penyelarasan kebenaran pulang ke rumah bagi murid di institusi pendidikan di bawah KPM sempena cuti Tahun Baharu Cina pada awal Februari nanti.

“Pemakluman berhubung perkara berkenaan akan disampaikan melalui institusi masing-masing,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook, semalam.

Sehubungan dengan itu, Radzi berkata, KPM memohon kerjasama semua pihak khususnya ibu bapa, murid dan guru untuk sama-sama membantu serta menyokong usaha kementerian bagi memastikan murid dapat terus mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan selamat.

Sebelum ini, media melaporkan, kerajaan menunggu laporan terperinci daripada jawatankuasa protem untuk menentukan sebarang pertimbangan membabitkan isu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah.-Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan