28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Setiausaha Politik Ahli Parlimen antara dua individu didakwa esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA individu yang mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Parlimen di Selangor akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, atas tuduhan meminta wang RM55,000 sebagai dorongan tidak melaporkan kesalahan kepada Jabatan Imigresen.

Kesalahan itu dilaporkan berlaku di sebuah restoran di ibu negara pada September 2017.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata pihaknya mengumpul bukti sebelum membawa kes itu ke proses undang-undang seterusnya.

“Kedua-dua lelaki iaitu Setiausaha Politik dan bekas kerani kepada Ahli Parlimen berkenaan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok,” katanya.

Media pada September 2017 melaporkan, Setiausaha Politik seorang Ahli Parlimen serta dua lagi individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, bagi membolehkan SPRM mendapatkan perintah tahanan reman ke atas mereka.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan