24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

Utama kerja pembaikan kerosakan akibat banjir – Zafrul

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN berkaitan sudah diarah untuk menyesuaikan peruntukan bagi 2022 dengan mengutamakan kerja pembaikan kerosakan akibat banjir.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebagai contoh, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sudah memulakan kerja memperbaiki serta membina semula rumah yang rosak dengan menggunakan peruntukan sedia ada terlebih dahulu sehingga RM100 juta.

Menurutnya, pada masa sama, Kementerian Kewangan juga turut mengadakan peruntukan tambahan dan kelonggaran tatacara perolehan mengikut keperluan.

“Setakat ini, kita sudah mengagihkan RM300 juta kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) untuk memenuhi segala operasi banjir, selain meluluskan perbelanjaan darurat iaitu AP55 bagi kementerian yang berkenaan,” katanya pada sesi penggulungan Sidang Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca juga:   Kes gejala serius indikator baharu PPN - Tengku Zafrul

Tambah Zafrul lagi, bagi spesifikasi banjir yang melayakkan ketua isi rumah yang terjejas mendapat Bantuan Wang Ihsan (BWI), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menentukan aspek berkenaan bagi penyaluran bantuan.

Selain itu, menurutnya, beliau akan berbincang dengan pihak bank berhubung perlanjutan moratorium pinjaman yang tamat bulan ini, terutama bagi mereka yang terkesan dengan banjir.

“Pada masa sama, Kementerian Kewangan sudah memberi input mengenai peruntukan yang diperlukan untuk jangka masa panjang kerana kita dapat lihat kos untuk ganti rugi sudah mencecah berbilion ringgit.

Baca juga:   Tuan Ibrahim garis tiga asas utama jamin Muafakat Nasional kekal

“Kita perlu lihat supaya setiap tahun, berbanding kita memperuntukkan untuk pembayaran ganti rugi, kita patut membina semula dari segi jangka masa panjang,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan