30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Pengimbas suhu tidak lagi diwajibkan – KJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 di seluruh negara tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya imbasan kod MySejahtera diperlukan setiap kali memasuki mana-mana premis.

“Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara), selepas dipinda pada sesi (mesyuarat) kuartet (menteri COVID-19) akan datang, ia (pengimbas suhu) tidak lagi diwajibkan.

“Cukup sekadar MySejahtera. Ia akan membabitkan pengumuman SOP seluruh negara,”katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy turut mengumumkan tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah menerima dos penggalak adalah selama lima hari berbanding tujuh hari sebelum ini, berkuat kuasa 24 Januari 2022.

Beliau berkata, pengembara perlu menjalani ujian RT-PCR dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.- Edisi 9

Baca juga:   KKM kaji keperluan suntikan dos penggalak keempat

Terkini

Boleh hadir ke majlis akad nikah tetapi bersyarat

SEMUA individu yang tidak lengkap vaksinasi dibenarkan menghadiri majlis akad nikah di Selangor tetapi secara bersyarat bermula kelmarin. Jabatan Agama...

Lagi Artikel Berkaitan