29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

19 lorong SmartTAG diaktifkan semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya ambil maklum dengan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuh raya ketika pelaksanaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) laluan Juru-Skudai dan komited untuk menambahbaik tahap pengalaman pelanggan di lebuh raya PLUS.

“Di samping itu, PLUS komited untuk mengambil segala pendekatan perlu dalam mengoptimumkan prestasi sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol.

“Susulan itu juga, selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,” katanya di sini.

Tambah kenyataan itu katanya, palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza-plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

“Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID.

“Bagi memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih, PLUS menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan