34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MOTAC bakal kemuka SOP baharu umrah kepada MKN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) ibadah umrah sedia ada untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MOTAC menerusi satu kenyataan berkata, SOP itu akan disesuaikan dengan keperluan semasa dalam menangani ancaman penularan Covid-19 ketika ini.

Menurutnya, MOTAC akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Persatuan-Persatuan Agensi Pelancongan mengenai SOP baharu itu.

“Antara cadangan yang akan dibincangkan termasuk pengesahan vaksinasi jemaah sebelum menerima bayaran pakej perkhidmatan umrah atau ziarah.

“Cadangan lain termasuk menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti oleh Nadma apabila pulang ke Malaysia,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengumuman penangguhan ibadah umrah bermula 8 Januari lalu telah menjejaskan perancangan penggiat industri namun, mereka menyatakan komitmen untuk terus berjuang meskipun terpaksa mengalami kerugian.

“MOTAC akan berusaha mencari penyelesaian terbaik demi meringankan impak terhadap syarikat pengendali umrah di bawah kementerian yang terkesan dengan penangguhan itu.

Advertisements

Menurutnya, cabaran besar yang dihadapi penggiat industri merangkumi empat perkara iaitu visa umrah, pengangkutan jemaah di lapangan, tempahan penginapan dan makanan jemaah yang tidak dapat ditebus semula.

2 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa semata-mata, demi melindungi nyawa rakyat Malaysia.

Menurut beliau, data terkini diperoleh oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang telah menjalankan ujian ke atas 1,077 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 21 hingga 29 Disember 2021.

Hasilnya sebanyak 966 daripadanya menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan genom penuh (whole genomic sequencing).

“Daripada sampel tersebut, 750 atau 78 peratus melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan