32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Dr Mahathir selamat jalani prosedur perubatan elektif – IJN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat menjalani prosedur perubatan elektif di Institut Jantung Negara (IJN), oleh sepasukan doktor dari IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

IJN dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan prosedur perubatan ke atas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Keadaan Dr Mahathir ketika ini semakin pulih. Beliau juga sudah sedar sepenuhnya dan bersemangat tinggi.

“Berdasarkan perkembangan klinikal semasanya, beliau dijangka boleh keluar dari wad IJN dalam masa beberapa hari lagi,” katanya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir sekali lagi dimasukkan ke IJN, hanya 16 hari selepas beliau keluar dari pusat perubatan itu pada 23 Disember.

Beliau dilaporkan dimasukkan ke IJN kerana perlu menjalani prosedur perubatan elektif.

Dalam pada itu, IJN turut memaklumkan susulan prosedur operasi standard (SOP), tiada pelawat dibenarkan untuk melawat Dr Mahathir di pusat perubatan terbabit, buat masa ini.

Katanya, Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan dan doa daripada orang ramai.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan