25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

51,532 mangsa banjir telah terima Bantuan Wang Ihsan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 51,532 mangsa bencana banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat berkenaan boleh segera menghubungi Pegawai Daerah untuk bantuan segera oleh kerajaan.

“Setakat jam 1.00 pm hari ini, seramai 51,532 bersamaan 94.2% ketua isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Untuk rekod, seramai 54,678 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir direkodkan di seluruh negara.

Terdahulu, Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan BWI sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap KIR yang terjejas banjir bermula 27 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, pemberian BWI itu akan memanfaatkan lebih 45,000 KIR dan angka penerima dijangka bertambah sebaik kerajaan selesai mengenal pasti mereka yang terkesan namun tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Peruntukan BWI telah disalurkan kepada negeri-negeri terjejas banjir dan ia akan disampaikan kepada penerima melalui tiga kaedah.

Ia terdiri daripada kaedah serahan tunai di PKOB; serahan tunai rumah ke rumah; dan pemindahan tunai secara dalam talian (EFT).

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan