28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Mufti sifatkan pembalak haram penjenayah dunia, akhirat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan mereka yang merosakkan atau menebang pokok balak sehingga mendatangkan kesan kemusnahan sebagai jenayah dunia dan akhirat.

Beliau berkata, tanpa mengira siapa pelakunya, sama ada golongan bawahan atau bangsawan, ahli politik atau ahli perniagaan mereka akan menerima laknat dari rakyat.

“Amaran Nabi SAW bahawa laknat itu akan menimpa mereka nanti. Mereka akan menemui padah itu dalam kehidupan dunia dan akhirat,” teganya dalam kenyataan yang disiarkan portal Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini.

Mohd Asri berkata, terdapat hadis yang memberikan amaran kepada sesiapa yang menebang pokok bidara, yang menjadi teduhan orang dan binatang di tanah lapang bahawa Allah akan merendahkan atau merendam kepalanya ke dalam neraka di akhirat kelak.

Menurut beliau, hadis tersebut secara jelas menunjukkan perbuatan tersebut termasuk dalam dosa besar.

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

“Para ulama dahulu berbincang tentang maksud hadis ini. Ada yang kehairanan mengapa pula diharamkan memotong pokok bidara? Ada yang berpendapat ia khas untuk Mekah. Ada yang berpendapat hukum ini telah dimansuhkan.

“Namun, jawapan al-Imam Abu Daud itu memberikan makna yang dapat difahami tentang maksud hadis ini. Ia berkaitan mereka yang memusnah tempat berehat atau berteduh para musafir atau haiwan,” katanya.

Mohd Asri berkata, keadaan panas mendesak manusia dan haiwan mencari perlindungan manakala pokok dan pohon yang rendang akan memayungi manusia serta haiwan dari kepanasan.

Justeru, katanya, sesiapa yang memusnahkan tempat perlindungan panas manusia dan haiwan ketika sangat memerlukan tanpa alasan yang benar pastilah termasuk dalam kalangan mereka yang sangat jahat.

Beliau berkata, berdasarkan hadis tersebut, balasan bagi mereka yang melanggar perintah Allah itu, kepala mereka akan direndam dalam api neraka.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan