25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Khilaf azan awal: Puasa terbatal, wajib ganti – Mufti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam yang telah khilaf berbuka puasa empat minit lebih awal susulan kesilapan teknikal penyampai stesen radio tempatan di Tawau, Sabah menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal semalam wajib menggantikan kembali puasa yang terbatal berkenaan selepas Ramadan berakhir.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menjelaskan perkara berkenaan susulan isu tersebut lebih-lebih lagi, penyampai stesen radio tempatan berkenaan sudah tampil memohon maaf atas kesilapan teknikal tersebut.

Menurut Bungsu, waktu berbuka puasa adalah bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan kepada laungan azan di radio atau seumpamanya serta keadaan langit pada ketika itu.

“Pada dasarnya, di sisi syarak, puasa bagi mereka yang berbuka puasa awal daripada waktu sebenar kerana mengikut azan di radio adalah dikira terbatal dan wajib ke atas mereka menggantikan puasa mereka itu setelah berakhirnya Ramadan.

Baca juga:   PM menghadap Agong, dipercayai persembah senarai Kabinet

“Usaha pihak radio menyiarkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka adalah usaha murni yang sangat baik.

“Namun, pihak radio perlulah lebih teliti dan cermat dalam perkara ini bagi mengelakkan daripada berulang perbuatan menyiarkan azan awal dari waktunya pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Bungsu juga turut menyeru umat Islam di Sabah agar sentiasa cermat dan berhati-hati dengan perkara berkaitan waktu berbuka puasa.

“Sehubungan itu, umat Islam disarankan merujuk kepada takwim berbuka puasa yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Baca juga:   Pemandu Toyota Camry putih ditahan polis

“Ini bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hapus kuasa veto, netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke -77 di...

Lagi Artikel Berkaitan