25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Sungai di Johor masih di tahap bahaya, amaran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEADAAN situasi semasa paras air sungai di negara ini menyaksikan Johor masih di tahap berjaga-jaga apabila empat sungai merekodkan di paras bahaya, satu amaran dan tiga waspada sehingga pukul 8.15 pagi ini.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Muar di Liang Batu, Muar pada 2.63 meter telah melebihi tahap bahaya 0.5 meter.

Sungai Muar di Panchor, Muar paras air 2.42 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.29 meter.

Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar paras air 3.34 meter melebihi tahap bahaya 0.99 meter.

Menurut perkongsian portal tersebut, paras air Sungai Muar di Buluh Kasap, Segamat pada 9.5 meter pula telah melebihi tahap bahaya 0.36 meter.

Bagaimanapun, hanya paras air Sungai Muar di Buluh Kasap menunjukkan trend tiada perubahan, manakala selebihnya menunjukkan trend menurun.

Sementara itu, beberapa kawasan di Tawau dan Sandakan di Sabah dijangka mengalami hujan pagi ini.

Jangkaan itu berdasarkan ramalan cuaca sebelah pagi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi hari ini.

“Tiada hujan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Labuan. Tiada hujan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan