26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

Pengusaha kantin sekolah dapat pengecualian enam bulan sewa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KESEMUA pengusaha kantin dan premis lain di dalam sekolah seluruh negara kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju memberikan pengecualian bayaran sewa selama enam bulan bermula Januari sehingga Jun depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, langkah itu dijalankan dengan mengambil kira cabaran yang perlu dihadapi pengusaha kantin dan premis lain sepanjang penutupan sekolah sejak Covid-19 melanda negara.

Menurutnya, pengecualian bayaran sewa itu melibatkan lebih 10,000 pengusaha kantin di seluruh negara yang pastinya memberikan kelegaan kepada pihak terbabit.

“KPM menerima banyak permohonan daripada pengusaha kantin untuk pengecualian sewa. Jadi, kita telah membuat keputusan untuk memberi pengecualian sewa kepada premis dalam sekolah dan pengusaha kantin selama enam bulan.

“Selain kantin antara premis dalam sekolah yang turut diberi pengecualian itu adalah kedai dobi, koperasi dan pengendali mesin minuman air, ” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Baharu sempena operasi hari pertama sekolah di Kelantan.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, maklumat lebih lanjut berhubung perkara itu akan dikeluarkan pihak KPM dalam masa terdekat.

Baca juga:   KPWKM bantu sedia SOP kuarantin kanak-kanak

“Ini bukan penangguhan bayaran sebaliknya ia merupakan pengecualian terus selama enam bulan bagi meringankan beban mereka sepanjang operasi kantin yang ditutup sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, pada hujung tahun lalu media melaporkan seramai 10,200 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara memohon KPM untuk memberikan pengecualian sewa kantin bagi tahun 2022.

Baca juga:   62,836 rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia diluluskan

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md. Desa berkata, perkara itu antara cadangan yang dirasakan sesuai dan boleh membantu para pengusaha kantin berikutan sistem penggiliran murid apabila kedatangan mereka ke sekolah masih tidak sepenuhnya.

Pihaknya juga memohon agar kementerian berkenaan untuk membuat semakan semula harga makanan dan kadar bayaran pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sangat rendah pada masa ini iaitu hanya RM2.50.

Sementara itu, KPM dalam satu kenyataan melanjutkan pengecualian sewaan premis atau ruang seperti kedai buku, koperasi, kedaidobi dan vending machine di sekolah bawah KPM juga untuk tempoh 6 bulan mulai Januari hingga Jun ini.

“KPM yakin pelanjutan pengecualian sewaan ini dapat membantu meringankan beban kewangan pengusaha kantin dan penyewa premis atau ruang di sekolah bawah KPM.

“Bagi tahun 2020 dan 2021, Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kepada pengusaha kantin sekolah, antara inisiatif bantuan yang telah disalurkan adalah seperti bantuan RM1,500.00 kepada pengusaha kantin sekolah bawah KPM pada tahun 2020 dan pengecualian pembayaran sewaan kantin sekolah bawah KPM bagi bulan Mac hingga November tahun lalu.

Selain itu, bantuan RM1,000.00 kepada pengusaha kantin sekolah melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) pada tahun 2021 dan pengecualian pembayaran sewaan kantin sekolah bawah KPMbagi Januari hingga Disember tahun lalu.

Baca juga:   Pengerusi Bernama: Ras Adiba bukan calon pilihan PM?
Baca juga:   2 ADUN positif Covid-19, sidang DUN Kelantan ditangguh

“Penyambungan kontrak sewaan kantin secara automatik untuk tempoh satu setahun bagi kontrak asal yang tamat pada tahun 2021 dan 2022.

-EDISI9

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan