26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Suami isteri rentung, 7 melecur dalam kebakaran 40 rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri rentung dalam kebakaran membabitkan lebih 40 rumah di Kampung Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama, Sabah, tengah malam tadi.

Mayat Saiful Rosli, 32, dan Jumaidah M Jida, 36, ditemui pasukan bomba antara jam 4.45 hingga 5.50 pagi tadi selepas kebakaran berjaya dipadamkan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen Jr, sepasukan 25 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 12.32 tengah malam.

“Tujuh lagi mangsa pula melecur, termasuk tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berumur antara enam hingga 12 tahun.

“Seorang mangsa terbabit, Abdul Mutalib Suma, 45, melecur 86 peratus. Selain itu, seorang lelaki dan seorang remaja perempuan masing-masing berumur 26 dan 18 tahun melecur hingga 17 peratus.

Advertisements
Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran membabitkan 40 buah rumah di Kampung Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama, Sabah, tengah malam tadi. – Kredit: Media Sosial

“Semua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Julius berkata, operasi memadamkan api itu membabitkan penggunaan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (parit).

“Kebakaran terkawal pada jam 2.07 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi tadi,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian bagaimanapun sedang dalam siasatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan