24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

KKM beri tip kuruskan badan dengan GODAM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai yang ingin memiliki berat badan unggul agar mengamalkan GODAM bagi mendapatkan berat badan unggul.

Menurut KKM, G adalah untuk gerakan badan setiap hari, O adalah otak yang sihat dan D ialah diet yang seimbang manakala A ialah air yang secukupnya dan M pula ialah masa makan yang tepat.

Ketika berkongsi tip tersebut menerusi Facebooknya, KKKM berkata, individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

“Ingat! Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa.

“Namun, cara yang terbaik untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan adalah melalui pemakanan dan gaya hidup sihat,” kongsinya hari ini.

KKM sebelum ini mendedahkan satu dalam setiap dua rakyat dewasa negara ini sedang mengalami masalah berlebihan berat badan atau obesiti.

Baca juga:   Katil wad ICU Covid-19 di Putrajaya sudah penuh

Prevalen berlebihan berat badan dalam kalangan orang dewasa adalah 30.4 peratus pada tahun 2019.

“Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan secara berkala terdapat peningkatan prevalen obesiti secara mendadak setiap tahun dalam kalangan orang dewasa,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan