28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRN Johor: PN tanding semua kerusi DUN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, itu adalah pendirian PN setakat ini selepas mengadakan perbincangan dengan rakan dalam parti gabungan termasuk PAS serta GERAKAN.

“Kalau setakat hari ini begitulah (tanding semua kerusi DUN Johor). Kita belum berjumpa PN secara semua tapi pandangan pimpinan parti gabungan begitulah,” katanya ketika ditemui media sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU di malam ini.

Muhyiddin berkata, PAS juga setakat ini istiqomah untuk kekal bersama PN dalam mendepani PRN Johor nanti.Ketika menjawab cadangan akar umbi BERSATU supaya PN bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Barisan Nasional (BN), Muhyiddin menjelaskan, itu hanya pandangan saja.

“Itu hanya dakwaan mereka. Saya kata, kita belum ada mesyuarat apa-apa setakat ini. Pendirian kita hanya PN saja, kalau ada pihak tertentu katakan sesuatu, itu pendirian mereka. Kita setakat hari ini PN,” katanya.

Advertisements

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, PN sedia untuk menerima pandangan pelbagai pihak mengenai konsep kerjasama politik membabitkan gabungan parti lain sama ada membabitkan PH atau BN dalam PRN kelak.

“Setakat ini belum ada apa-apa lagi. Saya tak tahu apa tujuan mereka. Biasa sikap kita terbuka dengan pandangan orang. Kita tak mudah nak tolak,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, fokus gerak kerja PN dalam PRN Johor adalah untuk menarik sokongan pengundi baru, memandangkan akan ada pertambahan lebih 700,000 pengundi baru termasuk kira-kira 180,000 pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun.

Beliau berkata, dalam PRN itu juga, PN akan menampilkan lebih ramai calon muda, untuk bergandingan dengan pemimpin senior.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan