26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Polis siasat kes wanita larikan wang lebih setengah juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS telah membuka kertas siasatan berkaitan kes seorang pekerja Perbadanan Pengurusan Kondominium OG Height yang menghilangkan diri sejak September 2020 selepas didakwa melarikan wang pengurusan membabitkan nilai melebihi setengah juta ringgit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak Julai 2016 sehingga September 2020.

“Siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan jumlah kerugian yang sebenar dan dokumen lengkap daripada pihak perbadanan pengurusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, pihaknya telah memanggil beberapa saksi berkaitan kes itu bagi membantu siasatan.

“Usaha mengesan suspek juga giat dijalankan. Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca juga:   Kes rogol bawah umur di Kelantan meningkat

Dalam kenyataan Pengerusi Badan Pengurusan Kondominium OG Heights, Alvin Mah pada Selasa memaklumkan wanita berusia 64 tahun itu hilang selepas dia berjumpa doktor pada 25 September 2020.

Laporan polis mengenai kehilangan wanita terbabit sudah dibuat badan pengurusan lima hari kemudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields selepas dia gagal dihubungi.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Harap hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh susulan Lawatan...

Lagi Artikel Berkaitan