31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Tahun Baharu Cina: 1.6 juta kenderaan dijangka di lebuh raya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik meningkat kepada 1.6 juta kenderaan, berbanding 1.4 juta kini bermula 28 Januari hingga 6 Februari ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Operasi, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata sehubungan itu PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan dan panduan buat orang ramai dalam merancang perjalanan mereka.

TTA itu dilaksanakan bagi menguruskan peningkatan trafik yang mendadak sempena perayaan terbabit.

“Orang ramai yang akan bergerak meninggalkan Lembah Klang untuk ke destinasi di utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak serta Johor di selatan disarankan supaya mula memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

“Namun untuk ke destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, orang ramai dinasihatkan supaya mula memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari.

“PLUS menggalakkan orang ramai supaya dapat merancang perjalanan mereka berpandukan kepada TTA bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi berkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   55,000 pengunjung ke Langkawi sempena cuti Tahun Baharu Cina

Pada masa sama, Zakaria berkata, pihaknya turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berhenti di hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya.

Baca juga:   Baby Adam: Polis cari Cikgu Fadli, Siti Bainun beri keterangan

Pendaftaran menerusi MySejahtera masih lagi dikuatkuasakan dan orang ramai yang lengkap divaksin dibenarkan untuk makan di ruang makan di R&R.

“Kita juga menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memandu dengan lebih berhati-hati dan lebih peka ketika hujan serta mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan pemanduan.

“Selain itu, perancangan perjalanan yang teliti dan penyelenggaraan kenderaan perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan keselamatan selain daripada pemakaian tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk hadapan dan belakang serta kerusi keselamatan kanak-kanak.

“Pemandu juga diingatkan sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan ketika memandu di lebuh raya,” kata PLUS.

Pasukan PLUSRonda sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada pengguna lebuh raya dan boleh dihubungi menerusi talian PLUSLine 1800 88 0000 yang beroperasi 24-jam setiap hari.

Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar di lebuh raya, pemandu harus memastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet RFID Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan