23.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Murid dibenar buat ujian saringan kendiri di rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UJIAN saringan kendiri melibatkan murid sekolah rendah kini boleh dilaksanakan di rumah bermula minggu ini dan seterusnya memaklumkan keputusan tersebut kepada pihak sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, perkara itu dipersetujui Kementerian Kesihatan selepas perbincangan mengenainya dibuat bersama Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, kit ujian bagi saringan kendiri tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan maklumat lanjut berhubung perkara itu akan dijelaskan menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan Kementerian Pendidikan nanti.

“Saya ingin tegaskan bahawa adalah amat penting ibu bapa kepada anak-anak terpilih untuk melaksanakan ujian ini di rumah dapat melaksanakannya berdasarkan tatacara yang ditetapkan nanti.

“Ini bagi memastikan sesi persekolahan dapat berlangsung teratur dan selamat.

“Jika ia tidak dilaksanakan mengikut tatacara ditetapkan, yang akan terkesan bukan sahaja anak-anak tetapi kawan-kawan serta guru-guru di sekolah,” katanya menerusi video dimuat naik dalam Facebook hari ini.

Baca juga:   5,477 jawatan kosong guru akan diisi dengan segera

Dalam pada itu, beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan ujian saringan tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Kita ingin memastikan sesi persekolahan dapat terus berlangsung dengan selamat. Saya yakin usaha dan kerjasama ibu bapa dapat memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan teratur dan selamat,” katanya.

Menerusi Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan Kementerian Kesihatan, antara lain menetapkan seramai 10 peratus murid sekolah rendah dipilih secara rawak bagi menjalani ujian saringan kendiri mingguan secara bergilir di sekolah dan kaedah ini dilaksanakan bermula 1 Disember lalu.

Baca juga:   Kadar kemasukan ke hospital dijangka menurun mulai Ogos - KJ

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan