24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pembeli sijil vaksinasi palsu dijejaki

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan individu yang mendapatkan sijil vaksinasi dipercayai palsu dari sebuah klinik swasta di Marang.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin.

“Mengenai tindakan terhadap doktor dan klinik berkenaan, kita masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

“Hasil siasatan mendapati klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu dan memohon dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).

Advertisements

“Permohonan menjadi PPV diluluskan pada akhir Disember tahun lalu dan pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan