36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Habitat musnah, harimau jengah SK Balar pula

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai diancam serangan harimau sehingga terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran bersemuka, kini SK Balar pula diancam binatang buas berkenaan.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran di Facebook menyatakan senario harimau Malaya masuk ke kawasan perkampungan semakin menjadi-jadi menjadi bukti habitat binatang berkenaan sudah musnah.

“Seekor harimau Malaya dilaporkan hadir di perkarangan asrama SK Balar Gua Musang Kelantan siang tadi membuktikan habitat haiwan liar sudah total musnah.

“Haiwan liar tidak akan keluar habitat hingga masuk ke kawasan berbau manusia melainkan mereka rasa terancam, kebuluran, kawasan rayau mengecil dan hilang punca kehidupan,” kongsinya.

Menurut kenyataan berkenaan, senario tersebut membuktikan bahawa negara mengalami kemusnahan habitat serius hingga memaksa haiwan liar keluar sarang.

“Sesuatu yang drastik perlu dibuat. Selamatkan hutan negara ini. Selamatkan habitat haiwan liar. Hentikan pembalakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat berkaitan kewujudan harimau di sekolah itu.

“Kita sudah terima maklumat berkaitan kehadiran harimau di SK Balar. Jarak SK Balar ke Pos Bihai iaitu kedudukan harimau sebelum ini adalah dua jam perjalanan.

“Setakat ini, kita memasang tiga perangkap berkamera di Pos Bihai dan operasi serta pemantauan berterusan dijalankan bagi menangkap harimau terbabit,” katanya ketika dihubungi Metro Online.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau di Kampung Sau dekat Pos Bihai.

Mangsa, Anek Along maut diserang ketika sedang menumbuk padi huma bersama anak perempuannya di belakang rumah jam 9.10 pagi.

Susulan kejadian itu, sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 SK Bihai, secara bersemuka yang sepatutnya bermula kelmarin, terpaksa ditangguhkan berikutan mengalami ancaman serangan harimau.

Sekolah berkenaan dikatakan mengambil pendekatan untuk meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR).

Berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, memaklumkan pembukaan sekolah secara bersemuka ditangguhkan dan diteruskan secara PdPR.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan