24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Muhyiddin terima dos pertama vaksin sebelum tunai umrah

Pada ketika itu kerajaan Malaysia dan Arab Saudi belum mengenakan syarat lengkap dua dos vaksin atau vaksin-vaksin lain

Mesti Baca

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin serta delegasi telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 sebelum berangkat menunaikan umrah pada Mac tahun lalu.

Pegawai Khas bekas Perdana Menteri itu, Mohd Naaim Mahmood yang memaklumkan perkara tersebut berkata, pada ketika itu kerajaan Malaysia dan Arab Saudi belum mengenakan syarat lengkap dua dos vaksin atau lain-lain vaksin untuk perjalanan ke negara itu.

“Selain itu, lawatan kerja rasmi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Kelapan ke Arab Saudi yang diadakan atas undangan kerajaan Arab Saudi tertakluk kepada SOP yang ketat termasuk melakukan ujian PCR sebelum, semasa dan selepas lawatan. Hasil ujian PCR mendapati semua delegasi adalah negatif COVID-19.

“Pergerakan delegasi di Arab Saudi juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi di dalam suatu gelembung perjalanan (travel bubble) yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ustaz Abu Syafiq bahawa Muhyiddin yang ketika itu masih menjawat jawatan Perdana Menteri, tidak mendapat suntikan vaksin COVID-19 atau vaksin Meningococcal Meningitis (MM) ketika mengerjakan umrah pada Mac tahun lalu.

Pendakwah itu juga sebelum ini turut mendakwa Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man antara pemimpin yang tidak mendapat suntikan vaksin ketika menunaikan umrah.

Advertisements

Mohd Naaim berkata, Muhyiddin turut menerima suntikan vaksin kedua sekembali ke tanah air manakala vaksin MM tidak diwajibkan.

Lawatan Muhyiddin pada Mac 2021 ke Mekah, Arab Saudi itu merupakan lawatan pertama beliau sejak menjadi Perdana Menteri Kelapan.

Lawatan tersebut bagi memenuhi jemputan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi yang juga penjaga dua masjid suci umat Islam, Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Dalam lawatan tersebut, beliau mengadakan pelbagai perbincangan dua hala termasuk isu kuota haji.

Ustaz Abu Syafiq sebelum ini membuat pendedahan menerusi media sosial bahawa beliau tidak mengambil vaksin dan turut membawa jemaah umrah yang tidak vaksinasi ke Tanah Suci.

Sambil menuduh “vaksin adalah duit”, pendakwah tersebut bagaimanapun berkata, vaksin yang dimaksudkan ialah vaksin MM yang sudah tidak diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk memasuki negara itu dan bukan vaksin COVID-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan