24.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Program pemulihan lesen industri pelancongan mulai esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) melaksanakan Program Pemulihan Lesen bermula esok hingga 28 Februari ini khusus meringankan beban penggiat industri pelancongan tempatan.

Motac menerusi kenyataan berkata, program itu terbuka kepada pengusaha pelancongan, pemandu pelancong serta agensi pelancongan yang mempunyai operasi kenderaan pelancongan (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) yang layak.

Menurutnya, pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang lesennya termasuk lesen-lesen tambahan serta permit kenderaan pelancongan yang tamat tempoh sah laku bermula 1 Januari 2020 sehingga kini akan dipertimbangkan kelulusan pembaharuan.

“Permohonan pembaharuan lesen adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pembaharuan Lesen Sedia Ada.

“Selain itu, lesen pengusaha pelancongan, pemandu pelancong dan permit kenderaan pelancongan yang tamat tempoh sebelum 1 Januari 2020 adalah tidak layak untuk memperbaharui lesen dalam tempoh pemutihan ini,” katanya hari ini.

Baca juga:   Iklan pakej umrah tanpa kelulusan tidak dibenarkan - MOTAC

Motac berkata, program ini melibatkan Agensi Pelancongan (TOBTAB), Agensi Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Institut Latihan Pelancongan (ILP), Pemandu Pelancong (TG) dan Permit Bas Persiaran/Kereta Sewa Pandu (BPKSP) bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Katanya, semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak diharap mengambil peluang ini untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh ditetapkan.

“Motac sentiasa prihatin dengan senario cabaran besar dan berterusan yang masih dihadapi oleh penggiat industri pelancongan susulan impak pandemik COVID-19.

Baca juga:   MATA sambut baik langkah MOTAC wujudkan SOP pelancongan

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh di layari menerusi laman sesawang Motac ataupun menghubungi Pejabat Motac negeri yang berdekatan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan