25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Mangsa banjir di Johor menurun; hanya 309 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di JOHOR semakin berkurangan apabila hanya 309 orang daripada 89 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Berbanding jam 8 malam tadi, seramai 504 mangsa daripada 152 keluarga ditempatkan di 14 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata ketika ini hanya tiga daerah masih terjejas dengan lima PPS di daerah Muar sudah ditutup jam 6 petang semalam.

Katanya, lima PPS itu adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kepong, SK Lenga dan Sekolah Agama Lenga, Muar.

Advertisements

“Turut ditutup, Dewan Serbaguna Felcra Bukit Kepong dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Lenga, Muar. Muar semakin pulih apabila kini terdapat 122 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di sebuah PPS pagi ini.

“Ia berbanding 317 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di enam PPS malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua daerah masih kekal dengan jumlah yang sama pada pagi ini dan malam tadi, iaitu Segamat seramai 175 mangsa daripada 53 keluarga di tujuh PPS, selain Tangkak dengan 12 mangsa daripada tiga keluarga di sebuah PPS.

“Sehingga kini, hanya satu jalan yang masih ditutup bagi semua jenis kenderaan iaitu di Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan