34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM harap Pesta Ponggal dapat pupuk perpaduan, kebersamaan

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap sambutan Pesta Ponggal dapat memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau berharap perayaan tersebut dapat memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada rakyat di negara ini.

“Semoga sambutan pesta ponggal memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Saya berharap sambutan ini dapat memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia,” katanya sempena sambutan Pesta Ponggal yang akan diraikan esok.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.

Katanya, pepatah Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum bererti “permulaan Thai membuka peluang baharu” sering diucap berkait dengan perayaan ponggal.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada semua Keluarga Malaysia yang meraikan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan