32.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 18, 2024

4 PPV di Lembah Klang mula dibuka esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan membuka empat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, mulai esok.

KKM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, berkata empat lokasi PPV Integrasi itu adalah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Empat PPV Integrasi berkenaan akan mula dibuka jam 9 pagi kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata pihaknya turut menyasar 80 peratus warga emas menerima dos penggalak dalam tempoh sebulan, manakala negeri yang masih terkebe terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.

Advertisements

Katanya, pembukaan PPV Integrasi itu juga untuk mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa kini berada pada paras lebih daripada 50 peratus.

“Jika ada keperluan serupa di bandar-bandar besar lain, ia akan perluaskan,” katanya.

Sementara itu, Khairy, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa ini berada pada paras 52 peratus.

Katanya, sasaran pihaknya dalam sebulan ini ialah 80 peratus warga emas menerima dos penggalak, manakala negeri yang masih terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Chery buka kilang pemasangan pertama di Shah Alam

PENGELUAR kenderaan dari China, Chery telah memenuhi komitmennya untuk melabur RM1 bilion di negara ini apabila membuka kilang pemasangan...

Lagi Artikel Berkaitan