25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bakal jemaah haji boleh dapatkan dos penggalak secara ‘walk in’ – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAKAL jemaah haji termasuk berusia 12 hingga 18 tahun boleh mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan seperti bukti surat tawaran menunaikan haji.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, memandangkan jemaah haji juga perlu mengambil suntikan lain seperti meningococcal, influenza atau pneumococcal, pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 bole diberikan dalam sela masa dua minggu sebelum atau selepas vaksin lain diberikan.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) telah menyarankan kepada semua bakal Jemaah Haji yang berusia 60 tahun dan ke atas serta jemaah berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk, untuk mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Langkah in bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan Jemaah Haji semasa berada di Tanah Suci dengan mengambil
kira perhimpunan yang ramai serta melibatkan jemaah haji dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar Khairy lagi, sebagai langkah tambahan, KKM kini menyarankan agar semua bakal Jemaah Haji remaja berumur 12 hingga bawah 18 tahun untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19, dengan syarat-syarat tertentu.

Advertisements

Menurutnya, syarat berkenaan ialah sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan selepas menerima dos kedua vaksin dos primer dan bagi remaja yang telah lengkap mengambil dos primer dan didapati mengalami jangkitan Covid-19, mereka layak menerima dos penggalak sebaik sahaja pulih sepenuhnya

Dalam pada itu, Khairy menyatakan kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji kepada sejuta jemaah haji dari semua negara setelah dua tahun ditangguhkan akibat pendemik Covid-19.

“Seperti negara-negara lain, kuota haji yang ditawarkan kepada Malaysia pada tahun ini dihadkan kepada hanya 45 peratus daripada kuota pada tahun 2019 iaitu 14,306 orang jemaah berbanding 31,600 orang.

“Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas, selain turut mengesyorkan pengambilan dos penggalak untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 terutamanya di tempat-tempat sesak dan juga di dalam pengangkutan awam di negara tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan