27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bantuan Awal Persekolahan RM150 akan diagih bermula Isnin ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diagihkan bermula Isnin ini kepada murid dan pelajar yang bakal memasuki tahun dua hingga tingkatan lima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, seramai tiga juta murid di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada bantuan berkenaan.

“Murid tahun satu hingga tingkatan empat dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi 2021/2022 layak untuk menerima bantuan berkenaan.

“Bagi murid tahun satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac ini, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai,” katanya hari ini.

KPM berkata, pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikreditkan ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Advertisements

“Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan BAP dinaikkan sebanyak RM150 berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan