25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penternak akuakultur rugi RM28 juta akibat banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENTERNAK akuakultur di negeri-negeri terjejas banjir mengalami kerugian berjumlah RM28 juta, manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan nelayan darat dianggarkan RM800,000.

Jabatan Perikanan (DOF) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai jumlah bantuan yang diperlukan melalui Program Permulaan Semula Agromakanan (tabung bencana) dan ia akan dimajukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Bantuan yang disalurkan adalah tertakluk kepada kadar dan had yang ditetapkan iaitu bantuan sehingga 50 peratus daripada kos operasi (benih, peralatan dan makanan ternakan) mengikut sistem ternakan pengusaha.

“Had bantuan yang akan diberi juga tidak melebihi 50 peratus nilai kerugian yang dilaporkan dan disahkan oleh Pejabat Perikanan Daerah/Negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu menyebut bantuan yang akan diberi sama ada berbentuk input pertanian atau peralatan/mesin, peralatan perniagaan atau lain-lain untuk membantu memulihkan projek kumpulan sasar serta mekanisasi dan automasi ladang.

Menurut DOF, bagi sektor perikanan, takrifan kumpulan sasar adalah penternak akuakultur berskala kecil yang menjalankan aktiviti penternakan air tawar dan air payau serta hatcheri (panti benih) di kawasan sehingga dua hektar atau menggunakan sangkar/kandang yang tidak melebihi 15 unit.

DOF memaklumkan pengusaha terjejas boleh menghantar permohonan ke Pejabat Perikanan Daerah/Negeri dengan disertai dokumen lengkap yang berkaitan.

Dokumen yang diperlukan termasuk borang permohonan bantuan (perlu disahkan oleh Pengarah Perikanan Negeri), senarai nama, salinan kad pengenalan dan laporan polis (satu laporan satu kawasan/satu kerosakan/kerugian).

Dokumen lain ialah laporan siasatan oleh jawatankuasa teknikal, gambar/video berkaitan bencana, anggaran kerugian dan perakuan permohonan di peringkat negeri atau setara.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan