25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Korea Utara lancar peluru berpandu lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KOREA Utara dilaporkan telah berjaya menguji peluru berpandu, pelancaran kedua dalam masa seminggu.

Memetik laporan Agensi, angkatan tentera negara itu turut mengesahkan pelancaran tersebut tanpa memberi maklumat lanjut.

Rabu lepas, Korea Utara berkata, ia berjaya menguji peluru berpandu hipersonik yang mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat.

Ia merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.

Ujian terbaharu ini dilakukan sehari selepas Amerika Syarikat, Perancis, Ireland, Jepun, United Kingdom dan Albania mengeluarkan kenyataan bersama mengecam pelancaran minggu lalu.

Advertisements

“Ujian peluru berpandu ini meningkatkan risiko serta mengancam kestabilan serantau.

“Perbuatan ini tidak meningkatkan kebolehan Korea Utara sebaliknya memperluaskan pasaran gelap senjata seluruh dunia ,” kata Duta AS kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield dalam menerusi satu kenyataan.

Thomas-Greenfield turut mengulangi desakan untuk Korea Utara kembali kepada meja rundingan dan menghentikan program senjata nuklearnya.

Sebelum ini, Korea Utara berkata negara itu bersedia kembali ke meja rundingan hanya jika Amerika Syarikat dan negara lain menarik balik sekatan terhadapnya serta menghentikan latihan ketenteraan.- Agensi

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan