28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

8.03 juta individu lengkap dos penggalak vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 8.03 juta individu atau 24.6 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Semalam, terdapat pertambahan 218,076 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.65 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus yang lengkap divaksinasi.

Manakala, 26 juta individu atau 79.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22.88 juta individu atau 97.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala 99 peratus atau 23.17 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.76 juta individu atau 87.9 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 223,463 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 59.51 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan